Friday, May 29, 2009

ISTIMEWANYA WANITA DALAM ISLAM


Kaum feminin ckap susah jadi wanita ISLAM, lihat saja peraturan dibawahini :

1- Wanita auratnya lebih susah dijagaberbanding lelaki.

2- Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumahmtetapi tidak sebaliknya.

3- Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6- Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pdisterinya.

7- talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8- Wanita kurang dlm beribadat karena masalah haid dan nifas yg tak ada padamlelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya(kenyataannya)?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yg teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita.Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?


Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk isteri dan anak-anak.Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH dimukabumi ini, dan matinya jika karena melahirkan adalah syahid.Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.Manakala seorang wanita pula,tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: Suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurgayg disukainya cukup dgn 4 syarat saja : Sembahyang 5 waktu, puasa dibulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.Seorg lelaki perlu pergi berjihadfisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


Masya ALLAH ... demikian sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?

3 comments:

  1. weh,knal2...
    lma gile xjmpk dgn hg...
    cmner hg leh jmpk blog aku neh???
    hehehhe
    igt lg hg kt aku ek??

    ReplyDelete
  2. nice entry...
    =)

    ReplyDelete
  3. anda telah ditagged oleh 1,000,000 my step in the world

    ReplyDelete